Pokok Kelapa Bercabang Lima

Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).


Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.

Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.

“Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan,” katanya kepada media.

Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.

“Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun,” katanya.

-Sinar Harian


Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: