Oh!

Tak Mungkin Benar!

16 December 2012

Wang kertas RM1 unik bernilai RM600



TAMPIN – Seorang pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong.

Pekerja berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan.

“Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.

“Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang munasabah kepadanya.


Dah baca klik LIKE (^_^)

1 comment:

Nabiha Zaidi said...

Fuyohh, untung la orang tu.