Lebuhraya Karak Berhantu


Awas kepada semua pengguna jalan raya lama dan highway Karak..!! Masih ingat lagi kisah misteri jalan raya lama karak dan lebuhraya karak? Ceritanya bagaikan tidak berkunjung habis. Entri kali ini nak ceritalah lagi tentang karak ni memandangkan korang memang suke cerita-cerita misteri ni jadi cikgu nak kupaskan lah sikit cerita ni lagi.


Pernah jugak dengar cerita pasal ada orang kena makan dekat Karak highway ini. Masa ini rasanya lebuh raya Karak itu baru siap dibina. Rasanya dalam awal 80an dan kawasan hutan dekat situ disyaki masih ada komunis. Jadi, kereta cuma boleh melalui lebuhraya itu dari pukul 7pagi hingga 6 petang macam itulah dan setiap kereta yang masuk highway, mesti keluar ke dalam masa tertentu.Kalau tidak muncul, satu trak askar akan menyusul sebab takut kereta itu kena serang degan komunis.

Kononnya, ditakdirkan couple ini masuk waktu hampir highway nak tutup dan dah dipesankan oleh penjaga highway itu supaya jagan keluar dari kenderaan walau apa pun terjadi takut-takut nanti ada trak askar menyusul.Masa itu kan mana ada handphone.Tapi tiba tengah-tengah jalan, tepi hutan secara tiba-tiba kereta  mereka berhenti. Jadi, si suami ini pun turun untuk periksa di bahagian enjin. Dibukanya hood kereta di bahagian depan, si isteri tetap dalam kereta tak nampak apa-apa sebab gelap dan sebab pandangannya terhalang oleh hood kereta itu.

Setelah agak lama, tiba-tiba ada trak askar tiba di sebelah kereta. Askar tadi datang dan terperanjat sebab kat depan kereta itu tadi ada bahagian pinggang ke atas sahaja tubuh si suami. Si isteri terselamat sebab ada dalam kereta.Yang masih musykil, apakah yang te
lah membaham suami itu? Sebab isteri dia pun tak rasa apa-apa dan tak dengar apa-apa pun.


Cerita ni ada cikgu tulis dalam entri yang lepas:


http://takmungkinbenar.blogspot.com/2011/05/misteri-gangguan-di-lebuhraya-karak.html
http://takmungkinbenar.blogspot.com/2011/06/lebuhraya-karak.html
http://takmungkinbenar.blogspot.com/2011/06/lebuhraya-karak-misterinya.html

 dan

http://takmungkinbenar.blogspot.com/2011/07/hantu-makan-orang-lebuhraya-karak.html

Ni pesanan cikgu, kalau korang nak lalu jalan raya lama karak atau highway karak ni kena pasang CD quran la sebab memang hantu iblis ni memang takut nak kacau korang. Bukan pe kene la beringat jugak kan huhu terutama time senja dan malam. Ramai dah kena terutama pemandu lori, kadang-kadang banyak tetamu tak diundang menumpang kenderaan kita…


Antara hantu yang dijumpai:


1) Hantu kanak-kanak merayau mencari ibu
2) Pontianak
3) Roh binatang buas mencari mangsa
4) Kereta volkswagen kuning (ni memang femes kat jalan raya lama dh ramai jadi mangsa)
5) Hantu pocong
6) Hantu menumpang tiba-tiba dalam kereta
7) Suara hantu yang memasuki siaran radio (yg suke pasang lagu jiwang2 tu ati2 la hantu suke tiba2 masuk brckap dalam radio, pasang lah radio ikim hehe)
8) Hantu angin lintang (hantu ni bawa angin tiup kereta anda tuh)

Hihihi serammmm….

Bersambung..........


Sebelum tu moh kite tengok rakaman pontianak yang diambil di lebuhraya karak dari atas jambatan di KM42 Jalan Bukit Tinggi arah KL ke Kuantan baru-baru ni (awal 2012). Anda nilai lah sendiri....








Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^ ______________________________________________________ Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

2 comments:

emeliena said...

Assalamualaikum.. fuhh, berdebar-debar ni haa . sambun laa. sambung laa. hehehe (:

Addin said...

aiyakkk ! serammmm ~