Biar Betik!! Anjing Ini Mampu Memadu Dan Akan Menjalani Ujian Memandu | Apabila Anjing Pun Pandai Memandu ! Aduhh pelik sungguh idea manusia sekarang apabila anjing pun nak diajar memandu, di New Zealand beberapa ekor anjing telah diajar memandu memandu kereta dengan memusingkan stereng, menekan brek dan pedal minyak.
Menurut info kosmo, buat masa ini, hanya tiga ekor anjing yang bernama Porter, Monty dan Ginny dilatih selama dua bulan oleh pelatih haiwan, Mark Vette sedang diajar memandu kereta!
Difahamkan, projek tersebut dilaksakan kerana mahu meningkatkan pengambilan anjing oleh orang ramai dari pusat perlindungan haiwan untuk dipulihara
Anjing itu dilatih memandu dengan menggunakan sebuah 'kereta beroda' kecil yang mengandungi tempat duduk, stereng dan papan pemuka dengan memakai abah-abah keselamatan, memusingkan stereng, menekan brek dan minyak.
Papan pemuka 'kereta' itu dicipta khas supaya ia mempunyai pedal brek dan minyak.
Anjing-anjing tersebut akan menjalani 'ujian memandu' yang akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen di negara ini pada Isnin ini.
Dah baca klik LIKE (^_^)
1 comment:
Memandu kereta atau mobil ?
Post a Comment