Oh!

Tak Mungkin Benar!

11 September 2011

Lukisan Serangan 9/11 Telah Wujud Pada Tahun 1980


Lukisan kapur oleh seorang artis pada tahun 1980-an ini memberikan firasat yang menakutkan terhadap peristiwa 9/11. Karya seni yang menyeramkan ini menggambarkan kesepian seorang gadis muda yang diapit oleh dua pesawat jet dan Menara Berkembar yang tumbang di dalam sebuah kebakaran.

Tetapi pada hakikatnya lukisan dilukis lebih awal, iaitu 10 tahun sebelum tragedi yang mengerikan itu terjadi. Artis Willie Gardner telah meninggal dunia pada bulan November tahun lepas pada usia 78 tahun, dan telah dikuburkan dia tanah perkuburan yang sama ketika ia mendapat ilhamkan melahirkan karya beliau ini.

Lukisan itu menunjukkan gambaran rambut seorang gadis yang berjuntai. Kelihatan juga seperti api dan asap naik ke langit dari salah satu menara tersebut.

Lukisan itu telah digantung di penerimaan Unit Pendidikan Komuniti Grangemouth di Stirlingshire.

Gambaran

Ramai pelawat yang menyangkakan bahawa gambaran atau tujuan lukisan itu dihasilkan sebagai satu penghormatan kepada warga yang terkorban di dalam serangan di New York pada 9/11 itu.

Cook Lex yang bertugas sebagai Penyelaras Unit Pendidikan di pusat itu pada akhir 1980-an berkata: "Ia mungkin antara 1988 atau 1989 ketika saya mula-mula melihat lukisan Willie ini. Ketua di pusat sini pada masa itu suka kepada karya itu dan Willie telah memberikannya untuk dipaparkan di pusat tersebut.

"Setakat yang saya tahu Willie melukisnya semasa ia menjadi ahli Kelab Seni di sini. Saya masih ingat pada itu ketika saya melihat lukisan ini dan cuba untuk memahami apa yang ia cuba tunjukkan. Ia agak mencuri perhatian tetapi juga aneh dalam masa yang sama.

Saya tidak sangka ia dikaitkan dengan serangan terhadap Menara Berkembar kerana saya telah melihatnya untuk sekian lama. Sehinggalah kemudian datang seseorang yang baru pertama kali melihatnya, dan bertanyakan sama ada ianya merupakan satu penghormatan kepada mangsa-mangsa 9/11."

1 comment:

caliph shuriken said...

ada individu dikurniakan kelebihan unik seperti dpt rasa sesuatu b4 apa2 berlaku.. tp x pasti brapa cepat perkara tu akan berlaku.. mungkin artis ni salah seorg kategori unik...