Oh!

Tak Mungkin Benar!

21 September 2011

Hantu Bonceng Hina Islam ?

FILEM Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham yang mencecah kutipan jutaan ringgit baru-baru dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Bukan bertujuan untuk mempertahankan Zizan, namun Mynewshub.my pernah berjumpa pelakon ini, beliau adalah seorang yang berbudi bahasa dan memiliki pekerti yang baik.

Mengapa dialog ini terkeluar dari mulutnya bukan untuk kami menilainya. Ada pihak lain terutama Ahmad Idham yang perlu menjawab mengapa jadi begini.

Bagi pihak Zizan, mungkin kegagalan beliau untuk memahami apa yang diucapkan itu menjadi punca mengapa dialog seperti itu boleh wujud dalam filem berkenaan.

Bukan bertujuan untuk mempertahankan Zizan, namun Mynewshub.my pernah berjumpa pelakon ini, beliau adalah seorang yang berbudi bahasa dan memiliki pekerti yang baik.

Mengapa dialog ini terkeluar dari mulutnya bukan untuk kami menilainya. Ada pihak lain terutama Ahmad Idham yang perlu menjawab mengapa jadi begini.

Bagi pihak Zizan, mungkin kegagalan beliau untuk memahami apa yang diucapkan itu menjadi punca mengapa dialog seperti itu boleh wujud dalam filem berkenaan.

Namun, apa yang penulis skrip fikirkan masa menulis ayat itu?

Apa yang harus dikeluh-kesahkan ialah mengapa badan-badan berkenaan seperti Lembaga Penafisan Filem (LPF) tidak menilai dengan terperinci filem ini sebelum membenarkannya disiarkan.

Membaca komen-komen di Youtube, ramai yang berkata mereka hanya gelak apabila melihat adegan berkenaan tanpa menyedari kesilapan yang wujud.

Pokok pangkalnya, rasanya apa yang berlaku ini mudah sahaja, kejahilan dalam hal agama dan kelalaian pihak yang berkenaan menyebabkan wujudnya babak yang demikian.

Mungkin filem itu perlu ditarik balik dari pasaran atau penyuntingan kali kedua dilakukan segera.

Ini soal akidah yang tidak boleh dipandang rendah.

Setakat ini, Dewan Pemuda PAS sudah mengeluarkan kekesalan mereka atas apa yang terjadi.

Tahniah kepada mereka dan Ketuanya, Nasrudin Hassan.

Cuma jangan benda ini dijadikan isu politik dengan persoalan seperti apa yang Pemuda UMNO pula buat?

Takkan kita nak harap Azeez Rahim bagi komen benda-benda camni kan, atau Reezal Merican Naina Merican. Ini semua muka publisiti murahan.

Apa yang perlu, insiden ini hendaklah disiasat, pihak yang bersalah perlu bertanggungjawab, permohonan maaf kepada semua umat Islam harus dilakukan dan kesalahan ini dijadikan pengajaran agar tidak berulang.

Untuk berlaku adil kami letakan klip yang mana berlaku kesilapan dalam dan kejahilan agama dalam filem itu.

Nilai sendiri dan kita suarakan dengan berhemah kekecewaan kita.


ZIZAN MOHON MAAF



Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya. Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu. Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.

Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam. “ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W. Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara. Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Nilai sendiri dan kita suarakan dengan berhemah kekecewaan kita.

Tags: Hantu bonceng, zizan raja lawak, hantu bonceng hina islam, zizan hina islam, zizan mohon maaf, kutipan hantu bonceng, ahmad idham


No comments: