Jenis Status di Facebook

Bukan status single, in relationship, engaged, married dan sebagainya.

Tapi status facebook "what's on your mind?" . Act, aku dah lama nak tulis pasal benda ni tapi asyik lupa je. Tak aku tak makan semut okay. So, apa 10 kategori status kat facebook ni?

#1 Status perli orang

"Kau ingat kau bagus sangat ke? Dengan gambar macam tu, kau ingat kau hot la? Eh kau takpayah nak bajet good good kat sini lah"

#2 Status putus cinta

"Aku taktau lah apa aku dah buat kat dia. Kenapa dia nak break dengan aku? Aku sayang sangat dekat dia, hmm sedihnya :'("

#3 Status quote

"You're the one who broke my heart, you're the reason my world fell apart, you're the one who made me cry, yet I'm still in love with you and I don't know why."

#4 Status nasihat

"Hidup ni tak lama, jadi rajin-rajinlah buat amal ibadat. Jangan tunggu kita dah tua baru nak buat amal ibadat, sentiasa ingat Allah walau apa sekalipun. Renung-renungkan dan selamat beramal"

#5 Status bermasalah/berungut

"Haih, hujan pulak ! Macam mane aku nak keluar ni weh? Dah lama aku tak jumpa member-member aku. Masalah betul la ! -,-"

#6 Status nak cerita semua

"Pagi tadi aku masak cekodok lepastu ayah aku makan sampai habis. Tengahari aku masak nasi goreng tapi tawar pulak. Hehe. Malam ni aku nak masak mee goreng jela sebab takut terlepas cerita juvana pulak. Hehehehe"

#7 Status pendek

"Aku bosan"

#8 Status jiwang memanjang

"Aku mencintai dirimu sepenuh hatiku. Takkan aku biarkan orang lain menyakiti hatimu. Aku akan sentiasa berada disisimu sayang. Apa yang perlu kau tahu ialah hanya aku cinta kamu seorang..."

#9 Status takde motif

"Ntah, tak kot"

#10 Status show off

Hari ni aku beli kamera baru, tak mahal pun dalam RM1,999 lebih je. Then aku beli baju kat butik dot dot dot dalam RM3000 lebih macam tu la. Ikutkan nak beli, handbag, jam dengan kasut tadi tapi tak sempat pulak. Maybe next time lah."

Anda dikategori yang mana? Bye. Assalamualaikum.

P/s : Status nak cerita semua paling annoying. Kah kah kah

5 comments:

ishiko said...

kadang-kadang kita pun tak sedar.. status yg kita tulis pun buat org annoyg..
hahaa..

Kho Ara said...

fb mengarut dh skunk..huhu

Faieza Maddaru said...

mcm2kan peel org nie...hihihih

AkuTracy said...

hello. . . .i want to copy this entry to my blog. . i will credit it to you & paste ur link also okeyh. .? i will publish it until i have ur permission =) so dont forget to tell me

Nur Hazlin said...

asalnya entri saya ni. tengok ramai blogger yang copy tapi tak kredit. tapi takpe, lepasni jgn buat dekat blogger lain pulak ye :)