Oh!

Tak Mungkin Benar!

11 August 2012

Ayam Masih Hidup Tanpa Kepala


Pada 10 September, 1945, petani Lloyd Olsen Fruita,dari Colorado, Amerika Syarikat, ingin makan ayam untuk hidangan malamnya dan isterinya telah membeli seekor ayam jantan yang berusia lima bulan setengah untuk disembelih.Kepala ayam disembelih dengan cara menetak dengan mengunakan sebilah kapak. Menakjubkan setelah kepala terpisah dari badan ayam tersebut terus berdiri dan berjalan terhoyong hayang sambil mematuk-matuk tanah seolah-olah mematuk makanan ditanah.

Mr Olsen terkejut memutuskan untuk terus merawat dan memelihara ayam yangsudah tidak berkepala itu,setelah sembuh luka Mr Olsen memberi makanan campuran susu dan air melalui penitis mata, dia juga diberi makan biji-bijian yang kecil dan juga jagung.Ayam ajaib ini di namakan "Mike".Mike ayam tanpa kepala ini juga boleh berkokok walaupun kedengaran bunyinya dari dalam tekak,Mike juga menghabiskan masanya dengan berdandan dan cuba mematuk makanan dengan lehernya.

Pada bulan Mac 1947, di sebuah motel di Phoenix di persinggahan semasa dalam perjalanan pulang dari lawatan, Mike mula tercekik di tengah-tengah malam,mereka tidak dapat menyelamatkan Mike. Sumber-sumber lain, termasuk Guinness Book of World Records, mengatakan bahawa trakea ayam itu terputus tidak dapat bernafas dengan baik dan oleh itu tercekik mati di motel.Kisah "Mike"tetap dalam kenangan petani Loyd Olsen Fruita sekeluarga.Mike si ayam tanpa kepala hidup selama 18 bulan bersama keluarga Olsen.




Dah baca klik LIKE (^_^)

1 comment:

kajaharuna said...

wow!! biar betul ni..