Oh!

Tak Mungkin Benar!

01 March 2012

Bayi Diikat dan Ditampal Mulut

Kes pengasuh taska tampal mulut bayi dah jadi kes polis, pemilik Taska Kota Masai, puan Shaherah telah membuat laporan dan kejadian ini mesti disiasat dan pihak yang melakukan penderaan ini mesti dihukum.  Ini bagi memastikan pemilik dan pengasuh di setiap taska menjalankan perniagaan mereka dengan lebih bertanggungjawab dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

tampal mulut bayi

Bayangkanlah perasaan ibu yang melihat anak meraka diikat ketat dan mulut pula ditampal dengan selotape.

Akibat marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.


“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

1 comment:

Eein Azryn said...

apa salah budak tu sampai diorang ikat macam tu sekali. kalau ye pun marahkan majikan.