Pakaian Warna Kuning Bahaya Dipakai?

Setiap orang mempunyai warna kesukaan masing-masing, termasuk kuning. Satu kajian mendapati, penggunaan warna kuning dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius.

>>>>>>>>
Gambar hiasan.

Berdasarkan penemuan awal daripada kajian sebelumnya mendapati, bahan kimia beracun yang dikenali sebagai bifenil berpoliklorin (PCB), ditemui dalam pewarna kuning pada pakaian dan peralatan cetakan.

Bahan kimia itu dianggap mungkin menjadi karsinogen kerana diketahui dapat menyebabkan kanser pada haiwan, namun kesannya terhadap manusia belum diketahui.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati, bahan kimia tersebut dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding kecacatan ketika lahir, kanser dan masalah perkembangan anak.

Penyelidik dari Universiti Rutgers di New Jersey, AS, Lisa Rodenburg berkata, produk kegunaan harian paling banyak mengandungi bahan kimia terbabit.

Kajian yang dimuatkan dalam jurnal Environmental Science & Technology itu menguji 16 helai pakaian kuning dan 28 sampel kertas.

"Sebanyak 16 sampel pakaian dan 26 sampel kertas disahkan positif bahan kimia terbabit.

"Penggunaan bahan ini berada pada fasa yang membimbangkan dan dikhuatiri jika pengguna telah berusaha menghindari produk berwarna kuning, mereka masih berisiko terkena racun tersebut melalui udara dan air, yang akhirnya dapat masuk ke dalam tubuh mereka," jelasnya.

Ujarnya, PCB juga boleh memasuki tubuh manusia melalui makanan atau minuman yang terdedah kepada bahan tersebut.


Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: