10 Kehilangan Pesawat Yang Menggemparkan Dunia

Kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014 terus menjadi teka-teki.

Kejadian malang itu mengingatkan dunia kepada 10 lagi insiden misteri membabitkan pelbagai jenis pesawat dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Air France 447

Air France 447

Pesawat Airbus A330 dari Rio ke Paris yang membawa 288 penumpang dan anak kapal hilang di Lautan Atlantik pada tahun 2009. Laporan akhir menunjukkan tiub pesawat dihalang kristal ais hingga menyebabkan sistem autopilot gagal berfungsi. Kotak hitam pesawat hanya ditemui pada Mei 2011 bersama 104 mayat. Malangnya, mayat 74 orang lagi penumpang masih gagal ditemui.

EgyptAir 990

EgyptAir 990

Misteri menyelubungi nahas pesawat EgyptAir 990 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy di New York pada 31 Oktober 1999 menuju ke Kaherah. Pesawat Boeing 767 itu terhempas di selatan Lautan Atlantik berdekatan Massachusetts dan mengorbankan 217 penumpang dan anak kapal.

Penerbangan 571

Flight 571

Pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal termasuk pasukan ragbi dari Montevideo terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972. Mereka hanya ditemui selepas 72 hari selepas dua penumpang mengambil risiko melalui trek pergunungan selama 10 hari.

Penerbangan 191

Flight 191

Pada 1979, American Airlines 191, terhempas selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang O'Hare di Chicago, menyebabkan 258 penumpang dan 13 anak kapal terbunuh. Pesawat X-15 191 yang terhempas pada 1967 pula menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

Star Ariel

Star Ariel 17 Jan 1949

Satu lagi pesawat British South American Airways (BSAA), Star Ariel hilang ketika penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Januari 1949. Ia adalah pesawat yang sama seperti Star Tiger, cuma bezanya ia terbang dalam keadaan cuaca elok namun berhadapan masalah komunikasi sepanjang penerbangan.

Star Tiger

Star Tiger 30 jan 1948

Pesawat BSAA kedua, Star Tiger, hilang selepas terbang dari Santa Maria di Azores ke Bermuda pada 30 Januari 1948. Dalam penerbangan 12 jam itu, pesawat itu terbang rendah untuk mengelakkan angin dan mengikuti pesawat Lancastry yang ditugaskan mengesan cuaca buruk di kawasan Segi Tiga Bermuda. Pesawat peninjau tiba pada jam 4 pagi, namun Star Tiger hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Star Dust

BSAA Star Dust Lancaster

Apabila BSAA Star Dust, pesawat awam mirip pengebom Lancaster hilang ketika penerbangan dari Buenos Aires, Argentina ke Santiago, Chile pada tahun 1947, ia meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab. Pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasinya, tetapi pengendali radio itu berjaya menghantar satu mesej samar melalui kod morse 'STENDEC' sebelum ia hilang. Star Dust hanya ditemui 50 tahun kemudian apabila dua pendaki Argentina menemui serpihan enjin dan pakaian.

Penerbangan 19

Flight 19

Pada petang 5 Disember 1945, enam tentera laut dikhuatiri hilang dan sekaligus memulakan lagenda Segi Tiga Bermuda. Satu jam setengah selepas berlepas dari Fort Lauderdale, Florida, juruterbang melaporkan sistem pesawat mengalami gangguan, kedua-dua kompas pesawat gagal berfungsi!

Glenn Miller Hilang Di Selat Inggeris

Glenn Miller 1944 Missing Flight

Sebelum kehilangannya, pemuzik ini mengadakan persembahan di England untuk Tentera Perikatan dan Tentera Darat Amerika Syarikat pada musim panas 1944. Keesokannya, dia terbang ke Paris untuk menghiburkan askar di Perancis. Mereka bertolak dari Ladang RAF Tinwood dan dipercayai hilang di Selat Inggeris.

Amelia Earnhart mengelilingi dunia

Amelia Earnhart mengelilingi dunia

Juruterbang wanita Amerika Syarikat ini hilang bersama pesawat Lockheed Electra pada 2 Julai 1937 ketika dia dan pembantunya, Fred Noonan cuba mengelilingi dunia. Dia yang juga wanita pertama terbang solo merentasi Atlantik, hilang berhampiran Pulau Howland di Lautan Pasifik.

Sumber : Sentiasapanas.com


Dah baca klik LIKE (^_^)

1 comment:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. banyak juga kisah2 penerbangan yang hilang dan dikesan bertahun kemudian kan. Allahuakbar. Semoga pesawat mas mh370 dipermudahkan pencariannya oleh Allah Taala. singgah menabung ford sini~~~