Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.
Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk. Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.
Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.
Dah baca klik LIKE (^_^)
5 comments:
salah ibu bapa jugak sbb letak ubat nyamuk merata.
done follow sini no. 1045
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
budak ni x keracunan ke makan ubat nyamuk?? masyaAllah.. macam2..
kompom nyamuk pun tabik budak ni
saya klu ada asap ubat nyamuk cepat2 tutup hidung . tkut benar klu kena kanser . budak ni leh selamba jer mkn gitu jer ... owhhh
Post a Comment