Oh!

Tak Mungkin Benar!

10 September 2013

Misteri Anjing Bunuh Diri Terjun Jambatan

 
 
 Tidak hanya manusia, ternyata anjing juga boleh bunuh diri . Meski terdengar tahyul, tetapi inilah fakta yang terjadi, di mana anjing-anjing memilih bunuh diri dengan melompat pada sebuah jambatan tertua di Scotland.
Jambatan yang bernama Overtoun Bridge ini terletak di dekat desa Milton di sebelah barat Dunbartonshire. Di sinilah tempat di mana sejumlah anjing melompat bunuh diri di lokasi yang sama. Memang sekilas kelihatan agak mustahil bagi seekor anjing untuk merancang kematiannya sendiri. Namun kejadian yang termasuk aneh ini sudah berlaku sejak tahun 1950-an, melansir Odditycentral


 Anjing yang  bunuh diri di jambatan Overtoun ini hingga sekarang sudah menelan korban sebanyak 600 anjing - dengan  rata-rata satu anjing satu bulan. Dan yang lebih misteri lagi adalah banyak dari anjing yang melompat dari jambatan Overtoun melompat dari sisi yang sama dan dari tempat yang sama, iaitu diantara dua parapets akhir di sisi kanan jambatan.

Tak hanya itu, yang lebih menghairankan, hampir semua insiden itu berlaku pada hari-hari yang cerah, dan kebanyakan bunuh diri dilakukan oleh anjing berjenis Collie - anjing berhidung panjang.
Menurut komuniti Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan di Scotland, situasi ini masih menjadi misteri. Banyak para pemilik mencari tahu mengapa anjing kesayangan mereka yang telah meninggal melompat dari jambatan itu.

 
Namun beberapa orang percaya bahawa jambatan Overtoun berhantu. Pada tahun 1994, seorang lelaki melemparkan anak bayinya dari jambatan dan mendakwa bahawa itu adalah Anti-Kristus. Kemudian, lelaki tersebut berusaha bunuh diri di tempat itu.

 Teori lain juga datang dari kepercayaan Celtic yang menyatakan bahawa jambatan Overtoun adalah sempadan ghaib di mana alam nyata dan alam baka bertemu. Beberapa percaya bahawa anjing lebih sensitif terhadap tenaga abnormal dan mungkin anjing-anjing itu dipanggil oleh roh orang-orang yang sudah meninggal..



Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: