Oh!

Tak Mungkin Benar!

13 May 2012

Penduduk Jepun Pupus 1000 Tahun Lagi

TOKYO: Penyelidik Jepun semalam mendedahkan jam populasi yang menunjukkan rakyat negara itu secara teorinya boleh pupus dalam masa 1,000 tahun kerana penurunan kadar kelahiran.

Ahli akademi di Sendai, bandar utara Jepun berkata, populasi kanak-kanak berusia sehingga 14 tahun yang kini berjumlah 16.6 juta, semakin berkurangan pada kadar satu dalam setiap 100 saat.

Penentuluaran mereka mengarah kepada sebuah negara Jepun tanpa kanak-kanak dalam masa 1,000 tahun. “Jika kadar penurunan itu berterusan, kita masih boleh menyambut cuti Hari Kanak-Kanak pada 5 Mei 3011 kerana masih ada seorang kanak-kanak. “Tetapi, 100 saat kemudian, tidak ada kanak-kanak lagi yang tinggal,” kata Hiroshi Yoshida, profesor ekonomi di Universiti Tohoku.

Menurutnya, corak keseluruhan ialah ke arah pempupusan yang bermula sejak 1975 apabila kadar kesuburan negara itu jatuh di bawah paras dua. Yoshida berkata, dia mencipta jam populasi sebagai usaha menggalakkan perbincangan segera mengenai isu itu.

Satu lagi kajian yang didedahkan awal tahun ini menunjukkan populasi Jepun dijangka berkurangan kepada sepertiga daripada jumlah sekarang iaitu 127.7 juta pada abad akan datang. Unjuran kerajaan menunjukkan kadar kelahiran akan mencapai hanya 1.35 kanak-kanak setiap wanita dalam masa 50 tahun, di bawah paras kadar penggantian. – AFP - Hmetro



Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: