Sebab-sebab Anda Tak Perlu Miliki Tablet PC


Memiliki tablet PC seperti iPad atau Samsung Galaxy atau yang lain-lain lagi seangkatan dengan tablet PC sudah menjadi satu trend sekarang ini.

Pelbagai jenis jenama dan harga muncul sekarang ni. Memang cute dan comel untuk dimiliki. Tapi tahukah anda kalau dibanding antara tablet PC dengan laptop/notebook/netbook, memang jauh bezanya tablet dan komputer riba ni.

Antaranya adalah:

1) Tablet mempunyai harga yang sangat mahal iaitu sekitar RM1400 keatas berbanding dengan netbook yang kurang separuh dari harga tablet. Sebijik tablet anda boleh beli 2 bijik netbook.

2) Bateri tablet tidak boleh ditukar apabila rosak. So camner klu nak tukar? Kena pi hantar kedai atau beli tablet baru la nampaknya. Klu netbook, baterinya boleh dicabut.

3) Perlu menggunakan plan internetnya yang tersendiri. Klu netbook/notebook boleh menggunakan broadband. Cabut-cabut aje.

4) Skrin tablet mudah calar klu berbanding dengan netbook sebab boleh ditutup dan dibuka bekasnya.

5) Susah digunakan untuk menaip asaimen dan update blog sebab tak user friendly. Keyboard klu nak pakai pun kena beli sendiri.

6) Kapasiti memori yang rendah. Paling tinggi pun hanya 60+ giga kalau dibanding dengan netbook yang kini mempunyai lebih 700+ giga.

7) Terlalu slow klau kita buka banyak aplikasi dalam satu-satu masa.

8) Kurang privasi klu anda tengah chat pakai tablet dalam bas ke, tren ke, orang lain mudah nampak apa yang anda tulis dari belakang.

9) Susah nak buat tgk crite klu banding dengan netbook yang skrinnya memang boleh ditegakkan.

Sebenarnya ada banyak lagi klu nak ditulis, cuma ini pandangan personal sahaja. Pilihan sebenarnya di tangan anda. Klu orang kaya dan nak up to date beli aje lah huk3

Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: