Mana taknya, kejadian tersebut hampir tidak boleh dipercayai oleh banyak pihak sehinggakan ada yang menuduh si penyebarnya telah melakukan ubah suai terhadap gambar itu.
Namun, individu berkenaan menafikan lantas memberi penerangan tentang kisah di sebalik foto tersebut.
Menurut Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London, dia menyaksikan sendiri kejadian sebelum mencapai kameranya dan merakamkan momen berharga tersebut.
Kejadian berlaku Isnin lalu ketika dia bersama isterinya sedang beriadah di Hornchurch Country Park.
Niat asalnya, dia ingin menyaksikan burung belatuk hijau yang sering kelihatan di situ, namun tak menyangka terserempak dengan dua haiwan itu serentak.
Foto tersebut kemudiannya dimasukkan ke salah sebuah akaun Twitter sebelum menerima banyak reaksi daripada jurugambar dan peminat burung.
Walaupun nampak comel, terdapat kisah ‘hitam’ di sebalik insiden tersebut.
Sebenarnya, cerpelai yang ‘menunggang’ si belatuk sedang cuba untuk menjadikan unggas itu sebagai santapannya.
Walau bagaimanapun, belatuk itu berjaya meloloskan diri selepas kehadiran Le-May dan isterinya menakutkan cerpelai lalu dia melepaskannya untuk melarikan diri.
Sumber: Mynewshub.cc
Dah baca klik LIKE (^_^)
No comments:
Post a Comment