India – Seorang lelaki di sebuah perkampungan di Kartanaka menjadi terkenal hanya kerana dia ketagih makan batu bata, tanah serta selut dan mampu makan tiga kilogram, setiap hari.
Pakkirappa Hunagundi, 30, mula ketagih benda berkenaan sejak berusia 10 tahun dan mendakwa tidak mengalami sebarang penyakit akibat ketagihan luar biasa itu.
Setiap kali berasa lapar, dia akan merayau di kawasan jalan dan tembok untuk mencari batu bata yang sesuai.
Ketagihannya itu dikenali sebagai Pica, iaitu penyakit di mana penghidapnya akan berselera pada benda-benda yang tidak mengandungi khasiat.
Meskipun dia menggigit benda-benda keras, namun Pakkirappa mempunyai barisan gigi yang penuh dan tidak bercadang mencari ubat untuk merawat ketagihan luar biasa itu.
“Saya sudah makan batu bata ini selama 20 tahun. Saya suka makannya dan ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.
“Sejak menghidap ketagihan ini saya tidak mengalami sebarang penyakit malah gigi saya juga sihat. Saya boleh menggigit batu yang keras tanpa masalah,’’ katanya.
Ibunya telah menghabiskan masa selama 20 tahun menasihatkan anaknya itu supaya tidak makan rumah mereka atau batu bata di kampung berkenaan.
Jelas Pakkirappa, dia tidak mempedulikan nasihat ibunya itu walaupun dia menawarkan ayam goreng atau makanan lain .
“Saya akan tolak makanan itu kerana saya perlukan batu bata. Saya tidak boleh membuang tabiat ini,’’ katanya. -Mynewshub.myIndia – Seorang lelaki di sebuah perkampungan di Kartanaka menjadi terkenal hanya kerana dia ketagih makan batu bata, tanah serta selut dan mampu makan tiga kilogram, setiap hari.
Pakkirappa Hunagundi, 30, mula ketagih benda berkenaan sejak berusia 10 tahun dan mendakwa tidak mengalami sebarang penyakit akibat ketagihan luar biasa itu.
Setiap kali berasa lapar, dia akan merayau di kawasan jalan dan tembok untuk mencari batu bata yang sesuai.
Ketagihannya itu dikenali sebagai Pica, iaitu penyakit di mana penghidapnya akan berselera pada benda-benda yang tidak mengandungi khasiat.
Meskipun dia menggigit benda-benda keras, namun Pakkirappa mempunyai barisan gigi yang penuh dan tidak bercadang mencari ubat untuk merawat ketagihan luar biasa itu.
“Saya sudah makan batu bata ini selama 20 tahun. Saya suka makannya dan ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.
“Sejak menghidap ketagihan ini saya tidak mengalami sebarang penyakit malah gigi saya juga sihat. Saya boleh menggigit batu yang keras tanpa masalah,’’ katanya.
Ibunya telah menghabiskan masa selama 20 tahun menasihatkan anaknya itu supaya tidak makan rumah mereka atau batu bata di kampung berkenaan.
Jelas Pakkirappa, dia tidak mempedulikan nasihat ibunya itu walaupun dia menawarkan ayam goreng atau makanan lain .
“Saya akan tolak makanan itu kerana saya perlukan batu bata. Saya tidak boleh membuang tabiat ini,’’ katanya. -Mynewshub.my
Dah baca klik LIKE (^_^)
08 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment