Jalan Yang Mengeluarkan Muzik Di Jepun



Teori di sebalik Jalan Raya Muzikal ini amat mudah: apabila sebuah kereta dipandu sepanjang jalan yang mempunyai banyak siri alur yang dipotong diatasnya, ia akan mewujudkan resonans atau gema bunyi apabila tayar kenderaan berulangkali melepasi alur berkenaan. Sebagai contoh, anda mungkin pernah mengalami pengalaman ini semasa memandu di atas garisan kuning sebelum melepasi bonggol di atas jalan raya.


Jalan raya muzikal ini telah direka oleh Encik Shinoda, yang bekerja di Institut Penyelidikan Perindustrian Hokkaido dan beliau mengambil masa yang agak panjang bagi merealisasikan teori resonansnya dalam cara yang unik.

Shinoda mendapati bahawa dengan mengubah jarak antara alur yang dipotong, ia akan mengeluarkan bunyi yang berbeza. Ia kelihatan amat serupa dengan aplikasi yang digunakan dalam kotak muzik lama di mana logam pada gelung muzik ditebuk dengan jarak yang berbeza bagi mengeluarkan tona bunyi yang menghasilkan muzik.

Lagu yang dimainkan tersebut mungkin tidak sesedap muzik yang dimainkan melalui radio dan pemain CD, namun memandangkan ia dimainkan oleh kumpulan "Goodyear Orchestra", ia tidak lah teruk sangat.

Jalan Raya Muzikal ini terletak di wilayah Hokkaido, Wakayama dan Gunma dan telah ditanda melalui papan tanda di tepi jalan raya dan "note" lagu itu sendiri telah dicat dengan berwarna-warni di atas jalan tersebut.

Pemandu perlu peka kerana kelajuan yang ideal bagi mendengar lagu yang di atas jalan raya tersebut ialah dengan mengekalkan kelajuan pada 28 mph.

















Dah baca klik LIKE (^_^)

3 comments:

yana halim said...

bergantung irama muzik tu jugak kot. kena yg mendayu2 mau tertido. ekeke..

Zaf98 said...

wahhh!!! makin maju jepun skarang~
(Y)

★ aIsyaH ★ said...

wah..jalan raya macam ni pun ada..mesti syok je naik kete..kan.?xD