Oh!

Tak Mungkin Benar!

05 April 2011

Jepun Bina Jalan 6 Hari

Tarikh 11 Mac 2011 lalu, bumi Jepun di gegarkan dengan Tsunami dan gempa bumi yang kuat. Pelbagai harta benda musnah sama sekali. Termasuk jalan raya yang menjadi punca laluan utama untuk berhubung.

Apa yang mengagumkan, negara matahari terbit ini sangat tangkas dan pantas memastikan negara mereka kembali seperti sedia kala. Sekaligus menunjukkan kemampuan bangsa itu untuk kembali berdiri walaupun diselubungi pelbagai dugaan dan cabaran.

Kerja-kerja pembinaan semula Great Kanto Highway di Naka itu bermula pada 17 Mac dan siap sepenuhnya enam hari kemudian seperti asal.

Setelah jalan kembali seperti sedia kala, ramailah warga Jepun kembali keluar untuk bekerja semula dan beberapa syarikat di kawasan paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami juga telah dibuka kembali.

Pemulihan kembali Jepun telah mendorong beberapa pelabur, termasuklah Warren Buffett dari Amerika Syarikat, salah seorang terkaya di dunia yang menyatakan bahawa bencana yang telah mengorbankan 23,000 nyawa dan masih hilang itu merupakan ‘kesempatan membeli’ di pasaran wang.

No comments: