Oh!

Tak Mungkin Benar!

24 April 2012

Pengalaman Misteri Seorang Rakan di Jalan Karak Lama

Kali ini saya nak sambung cerita benar tentang misteri jalan karak. Kisah ini berlalu sebulan sebelum bulan puasa tahun 2009. Rakan seuniversiti saya ketika itu yang bernama Azroy pulang ke kampung sebab  cuti semester UIAM baru bermula. Dia menaiki motosikal melintasi jalan lama karak untuk ke Temerloh. Waktu tu pukul 8 malam, bila lalu hampir keluar dari daerah karak tu motor die tetibe je abis minyak padahal memang dia dah isi penuh minyak di Shell Gombak tadi.


Maka terpaksa la si Azroy ni menolak motor dia melalui jalan yang sunyi ni kiri kanan semuanya hutan jauh lagi baru jumpa rumah orang berdekatan. Dalam hati memang lah takut, macam-macam surah dibacanya. Dalam masa kurang dari 5 minit muncul seorang lelaki tua dari tepi jalan tu. Dia menggelarkan diri sebgaia pakcik Samad. Memang terkejut Azroy namun nak tak nak kena berani kan diri jugak menceritakan apa yang berlaku kepada orang tua tu. Manalah tahu orang tua tu boleh bantu dia untuk dapatkan petrol.

Kemudian orang tua tu ajak Azroy turun ke rumahnya yang tak jauh dari tempat tu. Hanya bersebelahan jalan raya dan menuruni sedikit ke bawah dari tepi jalan. Azroy memang dah sangka yang orang tua tu memang boleh tolong dia so rasa takut tu dah hilang sikit. Rase pelik jugak  Azroy sebab dah biasa lalu kat situ tapi tak de pula die perasan ada rumah dekat situ. Mungkin hari malam memang dia tak perasan lagipun kawasan tu memang agak tebal hutannya dan jauh dari rumah orang kebanyakan.

Dia nampak orang tua tu mengambil sebekas besen dan menuangkan ke dalam tangki minyak motor Azroy dan orang tua tu kata selagi meter minyak belum turun, jangan buka tangki minyak tu. Azroy pelik tapi dia angguk-angguk aje la. Kemudian orang tua tu ajak die minum kopi dan makan ubi rebus. Sebelum balik dan ucap terima ksih kepada orang tua tu, dia diberi beberapa ubi kayu oleh orang tua tu dan terus meneruskan perjalanan balik ke kampong dia kat Temerloh.

Lepas je beberapa hari berjalan naik motor tu, memang Azroy rase pelik bila tengok tangki minyak dia memang tak pernah turun-turun walaupun dah pusing jalan naik motor berpuluh kilometer. Sedikit pun meter tak berganjak. Rasa pelik memang menusuk sanubari dia. Cewah ayat jiwang pulak. Tapi ni memang cite betul la. Lepas tu Azroy nak pergi lagi sekali ke rumah orang tua tu sebab nak bagi buah tangan dan ucap terima kasih pada orang tua tu. Sampai ke tempat die habis minyak aritu, dia cuba cari tempat die jumpa orang tua tu dan rumahnya.

Azroy memang pasti rumahnya ada dekta sekitar tu tapi yang ada cuma semak samun. Tak lama lepas tu lalu la penoreh getah tegur Azroy dan dia tanya mana rumah orang tua yang bernama Samad tu. Penoreh getah tu rase pelik dan cakap pakcik Samad tu dah lama meninggal dunia rumahnya pun dah lama diruntuhkan sebab anak-anaknya dan isterinya dah pindah ke Melaka. Lepas tu Azroy pun terus pergi dari situ sebab dia rasa tak sedap hati. Takkanlah pakcik Samad yang dia jumpa dulu tu hantu sebab memang masa dia jumpa tu de apa-apa yang pelik berlaku siap minum2 kopi dan makan ubi rebus dengan pakcik Samad tu. Dan ubi yang pakcik tu bagi mak Azroy boleh buat pengat ubi lagi.

Kemudian die teringat tentang tangki minyak yang pakcik Samad isi yang masih belum luak lagi. Terus je Azroy buka dan terkejut die sebaik aje dibuka tangki tu kering kontang kering berasap seolah dah lama tak diisi petrol. Agaknya selagi Azroy tak buka tangki tu memang ia akan sentiasa berisi.

Agaknya siapakah pakcik Samad yang kawan saya ni temui?? Bunian kah?Hantu kah? Jin kah? Persoalan ni akan berlegar kat otak semua orang yang mendengar cerita ni.

Namun yang pasti kena beringat adalah apabila melintasi jalan karak terutama jalan lama karak yang mempunyai begitu banyak misteri…




Pesanan saya, hati-hati apabila melintasi Karak tak kira highway atau jalan lama Eeeeeeiiii......

Anda boleh tonton video ini tentang beberapa kisah seram dan misteri yang dikatakan pernah terjadi di Karak :

 
Subscribe Channel Info Cikguzim

Nota : Nama Azroy adalah nama samaran, namun pengalaman dan cerita tersebut adalah cerita sebenar.


Dah baca klik LIKE (^_^)

3 comments:

Abd Latif Mamat said...

apa kawan kamu bodoh sangat, lain kali kalu org bunian bagi minyak jgn buka tangki.

Admin said...

Assalamualaikum..

Mungkin orang tua itu semasa hayatnya ada, dia kuat beribadah kepada Allah SWT dan seorang yang baik hati.

Kita cuma percayakan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT dan dizahirkan melalui peristiwa seperti yang diceritakan. Menjadi kebiasaan manusia sikap ingin tahu dan tidak sabar.

Bagi saya selagi tidak mengalami apa2 kerosakkan atau turun meter serta boleh jalan motor tu, buat tak tahu jelah. Lebih2 lagi kadar kenaikkan harga minyak yang sentiasa tak pernah turun dan harga barang meningkat... Jimat belanja...

Teacher Basariah said...

Ruginya p buka tangki.patut biar je..kan jimat banyak..hehe (^_^)