Oh!

Tak Mungkin Benar!

13 April 2012

Hachiko Anjing Legenda Jepun Yang Setia Sampai Mati

Kali ini saye nak berkongsi satu cerita kepada semua iaitu cerita HACHIKO. Mesti anda tak tau cerita apa ini dan mungkin juga ada yang pernah mendengar kisahnya. Jangan lepaskan peluang untuk tengok ataupun mendownload cerita ini. Memang best gile tapi kena sediakan tisu sekotak sebab sedih sangat sampai tersedu dan teresak-esak jika menonton. Kisah yang benar-benar berlaku ini telah membuatkan berjuta-juta orang diseluruh dunia menangis........


HACHIKO ni ialah anjing yang diberi nama Hachiko berbaka Akita Inu dan lahir pada 10 November 1923. Sewaktu berumur 2 bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama ( Hachi-ko ) adalah nama tambahan untuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".

Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori (sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan tuan dia di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. Setiap hari mesti tepat pukul 5 petang dah ade depan pintu tu tunggu...memang comel gile la. orang2 yang dah biasa kat situ memang dah terbiasa ngan Hachiko ni sebab hari2 datang tunggu tuan die. 

Tanggal 21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena stroke ( angin ahmar ) di tempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudara Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko. Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya...

Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, dia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya ( yang telah pun mati.... )
Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa. Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, yakitori. Memang sedih time ni. dah la Hachi ni comel, hari2 die datang tunggu, bile dah malam..die pasrah la..balik semula duduk bawah kereta api lama..esok pagi datang balik..tengok jek orang yg keluar dari pintu tu..

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian. Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya. Hachiko ni tunggu tuan die selama 7tahun.. dalam cerita cakap 9 tahun. and tak tahu mana yang betul, tapi yg pasti memang lama gila la...memang sedihla bile ingat cerita ni..mesti anda akan rase nak nangis jek.. :'(

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenisAkita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya. Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.

Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar di seluruh Jepun. "Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead for Seven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933. Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun.

Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalami kerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935. Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTU HACHIKO SHIBUYA. Posisi patung Hachiko adalah duduk seperti 70 tahun lalu menunggu Profesor Ueno pulang. Patung Hachiko sendiri kini terdapat 3 buah, satu di Shibuya, Akita serta tempat kelahiran Hachiko, Odate. 

So, inilah cerita mengenai HACHIKO yg betul2 menyentuh hati la..memang setia sangat dia kat tuan dia..Sampai dia tua n nak mati, still tunggu jugak...Kalau kita buat baik ngn binatang, dorang pon akan buat baik kat kita balik..Kepada yg tak sukakan binatang tu kan, suka-sukakanlah.. :)

Hachiko 


Inilah tuan Hachiko, Professor Ueno


Keratan akhbar tentang Hachi


Patung Hachiko di depan Stesyen Shibuya. Macam inilah Hachiko tunggu tuan dia setiap hari;'( 




Wajah tua Hachi yang sedang menunggu tuannya



Hachi bergambar bersama pekerja stesyen tren setahun sebelum dia mati


Kematian Hachiko



Kini, sebuah muzium di Tokyo yang mempamerkan pameran gambar anjing Akita yang diambil sebaik selepas kematian Hachiko pada tahun 1935.

Berukuran 12 sentimeter sebanyak 16 sentimeter, gambar tersebut boleh dilihat pada Rakyat Shibuya dan Sastera Shirane Muzium Memorial di Shibuya Ward sehingga Julai 22 sebagai sebahagian daripada "Shin Shuzo Shiryoten" (Pameran bahan-bahan yang baru disimpan).

Menurut muzium, ritual harian Hachiko telah dilaporkan oleh The Asahi Shimbun pada awal tahun 1930-an. Hasilnya, Hachiko menjadi dikatakan anjing yang paling terkenal di Jepun.

Pada pagi 8 Mac 1935, Hachiko ditemui mati berhampiran Stesen Shibuya. Badan beliau telah dibawa ke bilik bagasi stesen, yang merupakan salah satu tempat kegemarannya. Gambar badan Hachiko ini kemudian diambil di dalam bilik bagasi. Ia telah disiarkan dalam Shimbun Yamato pada hari berikutnya.

Foto menunjukkan bukan sahaja Hachiko, tetapi juga isteri Ueno, Yaeko, dan kakitangan stesen.

Salah satu daripada ahli-ahli kakitangan, Yoshizo Osawa, memberi foto untuk anak perempuan tertua, Nobue Yamaguchi, kini 78.

"Ayah saya disayangi anjing," kata Yamaguchi. "Dia memberitahu saya, 'Hachi datang ke stesen kami setiap hari dan kami berkongsi makan tengahari kotak kami dengan dia."

Sebuah patung gangsa Hachiko di depan Shibuya Station telah menjadi tempat pertemuan yang sibuk bagi orang-orang yang melawat daerah fesyen dan hiburan.

"Orang di dalam gambar berdoa untuk beristirehat jiwa Hachi," kata Keita Matsui, kurator muzium. "(Dari gambar), kita boleh melihat betapa tercinta beliau pada hari-hari."

Owner Yaeko Ueno, front row, second from right, and workers at Shibuya Station pray for the repose of “Chuken Hachiko” (Loyal Dog Hachiko) in Tokyo on March 8, 1935. (Provided by Shibuya Folk and Literary Shirane Memorial Museum)

Ueno Yaeko isteri Prof Ueno, barisan depan, dua dari kanan, dan pekerja di Shibuya Station berdoa untuk  "Chuken Hachiko" (Anjing Hachiko Setia) yang telah mati di Tokyo pada Mac 8, 1935.

Cerita tentang Hachiko ini sudah 2 kali diadaptasi dalam bentuk filem iaiti filem Jepun, Hachiko Monogatari (1987) dan remake file ini versi US iaiti Hachi A Dog’s Tale (2009) lakonan pelakon popular Richard Gere. Kedua filem ini disampaikan dengan cukup cantik mendapat sambutan yang cukup baik dan mampu menyentuh hati anda pabila menontonnya.


Hachiko A Dogs Tale (2009)


Hachiko Monogatari (1987)

Komen saya tentang kedua-dua movie ini memang disampaikan dengan cukup baik dan menarik. Memang sedih jika menonton tapi saya lebih suka kepada movie asal di mana ceritanya 99% berdasarkan kisah sebenar manakala Hollywood version berlatar belakangkan negara US dan zaman moden. Namun memang rugi jika tak tonton kedua-duanya.



Rest in peace Hachi................

Cepat-cepat cari dan download kalau nak tengok. Rugi wooo kalu tak tengok, sedih woo..sobb..sobb..

Jom tengok video klip filem Hachiko : A Dog's Tale :

  Owner Yaeko Ueno, front row, second from right, and workers at Shibuya Station pray for the repose of “Chuken Hachiko” (Loyal Dog Hachiko) in Tokyo on March 8, 1935. (Provided by Shibuya Folk and Literary Shirane Memorial Museum)
Tag: hachiko, hachi, hachiko monogatori, hachi a dog's tale, hachiko anjing setia, kisah hachiko, anjing menunggu tuan, shibushiya, tokyo, jepun, anjing lagenda jepun, anjing setia, kisah sedih hachiko, patung hachiko,anjing yang menunggu tuan sampai mati

Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^

2 comments:

Lily RIna said...

Mmg pernah baca psl Hachiko dlm buku panduan bandar Tokyo. Bila baca kisah dia mmg betul2 sedih :')

Unknown said...

Mmg sdih