Rumah tempat
berlakunya kes pembunuhan ngeri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam,
Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang dikerat 18 bahagian pada 1993 kini
dikatakan menimbulkan misteri kerana ada pengunjung menjelang tengah malam.
Diterangi cahaya
lilin, sekali-sekala kedengaran seperti suara manusia walaupun amat perlahan
tanpa diketahui berapa ramai yang berada di rumah yang terletak di Kampung
Peruas, Ulu Dong itu.
Kemunculan penghuni
misteri di rumah milik Maznah Ismail atau dikenali sebagai Mona Fandey itu
dikatakan bukannya setiap malam, tetapi hanya pada malam-malam tertentu yang
tidak dapat dipastikan identitinya.
Siapa mereka, tiada
yang tahu kerana penduduk lebih senang mengambil sikap berdiam diri kerana
bimbang ia menimbulkan perasaan takut terutama di kalangan kanak-kanak.
Seorang penduduk
tempatan yang ditemui, Abdul Hadi Fuad, 41, mendakwa, mereka yang pernah
ternampak atau terdengar kedatangan penghuni misteri ke rumah tersebut tidak
akan mengulas mengenainya.
Seorang penduduk menunjukkan
laluan ke arah rumah Mona Fandey
“Kami anggap mereka
yang datang itu hanyalah golongan penagih dadah atau pemuja nombor ekor kerana
orang biasa tidak akan ke situ pada tengah malam.
“Keadaan rumah
tersebut juga semakin hari semakin teruk dan kini dipenuhi semak-samun,”
katanya.
Menurut Abdul Hadi,
walaupun cerita kes pembunuhan ngeri itu telah menjadi sejarah, suasana di
kampung tersebut mengalami perubahan mendadak selepas setahun kemudian.
“Dulu kami tidak
kisah hendak keluar malam untuk ke mana-mana tanpa ada halangan dan kenderaan
pun banyak yang keluar masuk walaupun hari telah gelap.
“Sekarang senario
begitu sudah tidak wujud lagi malah sebelum pukul 5 petang lagi, kampung ini sudah
sunyi sepi dan anak-anak pun tak dibenarkan bermain di luar rumah,” ceritanya
yang tinggal selang tiga pintu dari rumah tinggal tersebut.
Kes pembunuhan ngeri
itu telah menjadikan kampung tersebut dikenali ramai ekoran liputan meluas yang
diberi oleh pihak media.
Pembunuhan itu
dilakukan oleh seorang bomoh wanita ilmu hitam, Mona Fandey, 37, bersama
suaminya, Nor Affendy Abdul Rahman, 36, serta pembantunya, Juraimi Husin, 23.
Ketiga-tiga mereka
didapati bersalah membunuh ADUN tersebut dengan mayatnya dikerat kepada 18
bahagian dan semua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 2002.
Sementara itu, ketua
kampung berkenaan, Jamaludin Husin berkata, cerita-cerita mengenai wujudnya
pengunjung dan cahaya tersebut tiada kaitan dengan perkara-perkara yang tahyul.
“Sebaliknya,
kemungkinan besar mereka adalah penagih dadah yang mengambil kesempatan kerana
tidak ada siapa yang berani pergi ke rumah tersebut pada waktu malam,”
jelasnya.
Sehubungan itu
beliau meminta pihak berkuasa memantau keadaan di rumah tersebut atau
memusnahkannya sahaja.
Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________
Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment