Seorang lelaki Florida menawarkan hiburan unik untuk parti kanak-kanak: berenang bersama buaya.
Dengan bayaran 100 (RM494), Bob Barrett akan membayar seekor anak buaya ke kolam belakang rumah untuk dilepaskan dan berenang bersama anak pelanggan dan kawannya.
Bentuk hiburan ini mendapat sambutan hangat. Semua orang suka bermain dengan anak buaya sambil berparti, katanya kepada Tampa Bay Times.
Barrett mengusahakan ladang ternakan haiwan itu yang turut dibuka untuk orang ramai iaitu Alligator Attraction.
Dia mendapat idea hiburan unik itu ketika memikirkan bagaimana mendapat pendapatan lebih baik ketika bisnes lembab pada musim panas.
Jika kamu berusia sembilan, 10 atau 11 tahun, anda sudah mendapat macam-macam hiburan ketika menyambut hari jadi termasuk makan piza atau bergelak ketawa dengan badut.
Anda perlu adakan parti tepi kolam bersama anak buaya. Ia parti paling popular sekarang, katanya lagi.
Barrett menutup mulut anak buaya itu dengan perekat sebelum membawanya ke parti dan menegaskan ia selamat.
Pegawai Suruhanjaya Perlindungan Hidupan Liar dan Ikan Florida mengesahkan Barrett tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.
No comments:
Post a Comment