Oh!

Tak Mungkin Benar!

03 October 2012

Beribu-ribu paku di dalam badan wanita

Tidak dapat dijelaskan secara perubatan, mengapa dalam badan Supiati terdapat beribu-ribu paku.Walaupun tiga pembedahan telah dilakukan untuk mengeluarkan objek asing dalam badannya dan keputusan imbasan X-ray mendapati ia telah bersih, masih terdapat paku dalam badan wanita itu.

Supiati, 25 yang berasal dari daerah Ogan Komering Ulu (OKU), Sumatera Selatan, dirawat di Hospital Nur Hidayah di Yogyakarta sejak 25 September lalu.

Sekumpulan doktor di hospital itu menjalankan pembedahan ke atasnya dan mengeluarkan lebih 100 paku dan pin, dan ada di antaranya sudah berkarat dan ada yang sepanjang 2.8 dan tiga sentimeter.

Ketua kumpulan ahli perubatan itu, Sagiran berkata, “Pagi ini kami menemui dan mengeluarkan tujuh lagi paku.”

Supiati menderita kesakitan sejak pertengahan 2010. Pada mulanya dia mengalami demam panas dan di bawa ke hospital tetapi tiada objek asing ditemui.

Namun begitu, apabila pulang ke rumah, dia menemui paku terlekat pada kakinya. Keluarganya membawa dia ke beberapa tempat untuk mendapatkan rawatan dan beribu-ribu paku berjaya dikeluarkan.

Namun begitu, masih banyak paku yang ditemui dalam badan Supiati, lalu keluarganya membawanya ke Hospital Nur Hidaya.

Ibu dan bapanya berasal dari Dlinggo, Bantul, Yogyakarta dan masih mempunyai ramai saudara-mara di sana.

Suaminya, Wahyudi, tidak dapat menemankan Supiati kerana perlu bekerja untuk membayar kos perubatan. “Dia sibuk dan perlu mencari wang untuk membayar kos perubatan,” kata bapa Supiati, Giran.

Giran berkata, keluarganya sudah tidak mempunyai wang lagi untuk membayar kos perubatan anak perempuan mereka.

“Kami sudah membelanjakan Rp15 juta (RM4,882) untuk perubatannya di OKU, apatah lagi di sini (Bantul),” katanya.

Sagiran berkata, oleh sebab keadaan Supiati dianggap istimewa, rawatan khusus diperlukan. “Memandangkanm saya doktor, prosedur perubatan yang saya lakukan adalah pembedahan,” katanya.

Pengarah hospital, Arrus Ferry berkata, pihaknya mengendalikan program rawatan Husnul Khatimah, iaitu program kaunseling cara Islam.

“Sebagai contoh, kami mengamalkan bacaan rukyah dan zikir untuk meminta bantuan Allah, kemudian menyerahkan kepadaNya,” kata Arrus.[metro]a

1 comment:

Unknown said...

Hairan bin Ajaib...