Oh!

Tak Mungkin Benar!

22 May 2012

Lee Chong Wei Cedera Parah di Thomas Cup

Berita terkini mengatakan bahawa Lee Chong Wei mendapat kecederaan serius ketika perlawanan baru sahaja bermula menentang Peter Gade dari Denmark di permulaan Piala Thomas 2012. Kaki beliau dilihat terlipat dan terkehel secara tiba-tiba.

Datuk Lee Chong Wei telah mengalami kecederaan dan terpaksa memberi kemenangan percuma kepada Peter Gade. Sekarang Malaysia 0-1 Denmark dalam Thomas Cup 2012. Semoga pemain-pemain Malaysia yang lain dapat meneruskan permainan dengan penuh bersemangat meskipun ketua pasukan mengalami kecederaan.

Chong Wei kelihatan menangisi akan kecederaannya kerana tidak dapat menyambungkan perjuangannya. Ini adalah satu berita yang kurang menyenangkan pasukan Malaysia terutama ketika kejohanan Olimpik hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.















Dah baca klik LIKE (^_^)

3 comments:

Karen Monica said...

seolah pasukan malaysia dah patah sebelah kaki...harap LCW dapat sembuh sebelum olimpik

Anonymous said...

sedih :(

zie said...

ksian lcw..
smga cpt smbh untuk olimpik 2012..