Oh!

Tak Mungkin Benar!

12 May 2012

Perbuatan Rutin Harian Yang Baik Tetapi Membawa Padah

Semua orang tahu bahawa tabiat yang tidak baik seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. Namun begitu, terdapat juga perbuatan yang baik tetapi boleh membahayakan badan kita. Antara 5 rutin yang boleh membawa padah adalah

1. Kerap memakai cecair pembasuh tangan
Menurut Richard Gallo, MD, PhD, ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego, sebaiknya elakkan menggunakan cecair pembersih tangandengan kerap. Dalam sebuah kajian, dijelaskan bahawa cecair pembersihmengandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebihcepat. Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungitriklosan. Oleh kerana itu, Gallo menyarankan untuk mencuci tangan dengan sabun atau yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteria sehingga 99%.


2. Kerap menukar produk kecantikan
Hasil yang lama membuatkan anda mencuba pelbagai produk kecantikanbermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulitHal ini dejelaskan oleh Jody Levine,seorang dermatologis dari New York.
"Wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan merekaterutamanya jikamereka tidak mendapat hasil dengan cepatPerlu diketahui bahawaprodukkecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepaspenggunaannya, "ujar Levine.

Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas. "Biasanya kulit seseorang berubahmenjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produkHal ini keranatingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut"tambahLevine.

3. Memakai 'selipar Jepun' (flip flop slippers).
Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggianda pun memilih selipar jepunMalangnya, menurut Jordana Szpiroseorang podiatrist di Boston, kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baikbahkan berbahaya.

"flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan," jelas Szpiro.
Selain ituotot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anteriorbekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan selipar supaya tidak 'bergerak' ke mana-mana. Oleh kerana ituadalah lebih baik jika anda memilih selipar jepun dengan penutup tumitbertali besar serta mempunyai lengkungan pada telapak kaki(mengikut bentuk tapak kaki). 

4. Menggosok gigi selepas makan.
Memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulutNamun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makanBeberapa jenis makanan dan minuman seperti kopibuahatau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.

"Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masamgigi boleh terhakis," kata Meineckejurucakap Academy of General DentistrySupaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigisebaiknya anda berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulutTunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.

5. Latihan cardio untuk menurunkan berat badan
Jika anda fikir dengan latihan kardio sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah, anda ternyata salahMenurut Joseph CicconeDPTCSCSseorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Therapy di New York"Jika anda hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa."

Selain itumelakukan gerakan sukan yang sama (kardio) terus-menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cederaSebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri anda untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabilBahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan, seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak. 



Dah baca klik LIKE (^_^)

No comments: