Oh!

Tak Mungkin Benar!

24 March 2012

Nenek 65 Tahun Ulang Alik 300KM Demi PhD

Keazaman untuk menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), seorang nenek sanggup menempuh perjalanan hampir 300 kilometer dari Singapura ke Kuala Lumpur selama 10 tahun.

 

Warga emas yang memiliki lima cucu, Alimah Lob, 65, mengakui terpaksa berulang-alik dari Singapura ke ibu kota menggunakan pelbagai jenis pengangkutan, termasuk kereta api dan kapal terbang.

Alimah yang ditemani suami, Mohd Naim Daud, 67, berkata tempoh 10 tahun untuk menamatkan ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD memerlukan banyak pengorbanan, apatah lagi ia tidak membabitkan sebarang pinjaman.

“Banyak wang dikeluarkan bagi menampung pengajian, tambang perjalanan dan kos hotel, namun itu bukan alasan kerana ia bergantung kepada minat serta kesungguhan menimba ilmu.

“Sebenarnya, saya merancang menyambung pelajaran ketika muda, namun tanggungjawab sebagai ibu membataskan pergerakan saya. Syukur hari ini, hasrat itu menjadi kenyataan,” katanya.

Alimah antara 7,327 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-35 bermula semalam dan berakhir Rabu ini.



Dah baca jangan lupa sudikan diri klik butang LIKE di bawah ataupun butang SHARE diatas. Sudilah singgah lagi ya ^_^
______________________________________________________

Baca lagi di http://takmungkinbenar.blogspot.com

9 comments:

Norafifah Roshman said...

Wah! best nya nenek ni :))

atIEsAyAnGkAmU said...

respek kat nenek!!

..cik hana.. said...

wow...hebat nenek ni...ni yg rasa tercabar ni...:)

acan ketot said...

kagum sgt dekat nenek ney!!!
malu nye aku yang mude2 ney malas..

Ardini Izzati said...

hebatnya nenek tuu. congrats, nek! :)

Unknown said...

respectla nenek :D

Cik Kay Jue said...

cayah la! nenek..

Nora Karim said...

wah.. kagumnya!!

Mohammed Faizal said...

ya Allah sanggup betol la nenek ni jauh dari seberang ke kl semata2 nak belajar