31 August 2011

Terminator Sudah Wujud

Tahukah anda kenapa kita mesti masukkan 'verification code' semasa ingin 'sign up' untuk sesuatu 'website' contohnya google, photobucket,facebook,dan semasa ingin mengkomen blog orang lain. Sebabnya:-







Sebabnya untuk memastikan anda bukan robot atau terminator yang cuba mengambil alih peranan serta memusnahkan manusia. Hanya manusia yang boleh membaca tulisan yang sama-samar begitu. Dan pernah tak anda bermain game sorang2? Biasanya jika kita main game tembak2 ke atau lawan2 ke mesti komputer akan lawan korang kaw2 pnyer kan?itu salah satu daripada keinginan robot atau komputer yang mahu mengambil alih dan menewaskan manusia..

Begitulah adenye...kih3 logik jugak...

29 August 2011

Lawak Zinedine Zidane


Seperti yang dilihat penonton biasa..




Seperti yang dilihat penonton Perancis..




Lol hahahaha

28 August 2011

Kuih Raya dan Gelaran Mereka

Kuih paling gangster= Lompat Tikam.


Kuih paling sexy= Puteri Mandi



Kuih paling keji= Taik Itik

Kuih bajet cute= Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap.

Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit




Kuih paling berbahaya = Bom

kuih suka belajar = kuih sampan a.k.a tepung pelita



Kuih lembab = Siput

Kuih tak reti senyap = Goyang



kuih xpernah diundang: kuih jemput2

kuih samseng=kuih pau



Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu



p/s:nama kuih mungkin berbeza mengikut negeri masing2 hee


haaa cm ne?setuju x?lapa x?saba2 heeee

27 August 2011

Bahana Mercun Bola

Lagi beberapa hari lagi nak sambut raya, di sini cikgu nak nasihatkan pada anak2 murid dan adik2 abag2 kakak2 sana supaya berhati-hati ketika main mercun ye...Akibatnya kalau tersilap akan jadi macam gambar di bawah..


Camne nak amik duit raye kalau dah jadi macam ni



Ni la akibatnya dari main mercun bola yang femes tuh...



Selamat hari raya, main mercun kecik2 dah la ye..

26 August 2011

Kesan Menonton TV Sama Dengan Kesan Merokok

Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun. Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti. “Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk enonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal. “Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen. Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen. Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

Moralnya jangan keterlaluan nengok TV dan juga mengadap lappy@komputer
L

25 August 2011

Manusia Tertinggi Dunia

Robert Pershing Wadlow (22 Februari 1918 - 15 Julai 1940) merupakan manusia tertinggi dalam sejarah iaitu dengan ketinggian 2.72 meter (8 kaki 11.1 inci) dan berat 220kg (440lb). Beliau juga dikenali sebagai Alton Giant atau Giant of Illinois kerana beliau dilahir di Alton, Illinois. Beliau meninggal ketika umur 22 tahun di Michigan, US.

24 August 2011

Bakar Badan Tanpa Oksigen


Ted A. Batchelor (USA), seorang stuntman profesional yang telah melakukan stunts api sejak tahun 1976 telah melakukan stunt tersebut tanpa bekalan oksigen selama 2 minit 38 saat di sebuah pulau ditepi Quarry Park, Nelson, Ohio, Amerika Syarikat, pada bulan Julai 17, 2004.

23 August 2011

Raksasa Ultraman?

Montauk Raksasa (Montauk Monster) adalah makhluk tak dikenali yang dipercayai mati terdampar di pantai berhampiran dengan kawasan perniagaan di Montauk, New York pada bulan Julai 2008. Identiti makhluk dan kebenaran cerita sekitarnya telah menjadi subjek kontroversi dan spekulasi yang belum diselesaikan. Berdasarkan kajian yang dijalankan,makhluk ini dipercayai seekor rakun berdasarkan pola gigi dan butiran kaki depan makhluk tersebut. Sesetengah pihak percaya bahawa Montauk Raksasa ini adalah makhluk dari neraka.


22 August 2011

Betul ke Neil Armstrong Pernah Jejak Bulan


"Setapak buat saya, satu loncatan buat umat manusia", - Neil Armstrong

Itu adalah kata yang diabadikan oleh Neil Armstrong bila dia menjejakkan kakinya buat kali pertama di Bulan pada 20 Julai 1969. Tetapi persoalan yang timbul kenapa gambar-gambar yang diambil dan disiarkan oleh NASA terdapat banyak ralat dan "kesilapan teknik" hinggakan orang mula menyoal..

Pernahkah Neil Armstrong jejakkan kaki di Bulan?

Persoalan 1 : Ada angin ke di bulan?

Bulan tidak mempunyai lapisan atmosfera seperti di Bumi. Ini bermakna tiada udara atau angin di situ. Jadi kenapa bendera yang dicacak di permukaan bulan boleh berkibar-kibar?

Persoalan 2 : Tapak kaki gergasi?

Kuasa tarikan graviti di Bulan hanya 1/6 daripada yang ada di Bumi. Namun begitu, seorang lelaki dengan berat 250kg sekali pun tidak akan dapat membuat kesan tapak kaki yang sebegini jelas dan dalam pada permukaan Bulan seperti yang telah dibuat oleh Neil Armstrong. Mungkin sut dia dibuat dari konkrit kot...

Persoalan 3 : Kapal kapas?

Kapal "Lunar Lander" yang dibawa oleh Armstrong dan Aldrin ini menggunakan kuasa sebesar 55 000kg untuk mendarat atau melancarkan dirinya balik ke angkasa. Jadi kalau Neil Armstrong seorang boleh meninggalkan kesan tapak kaki yang begitu jelas, kenapa kapal ini yang jauh lebih berat dan berkuasa tidak meninggalkan sebarang kesan di permukaan Bulan?

Persoalan 4 : Gambar studio ke?

Gambar Neil Armstrong sedang mengumpul sampel tanah yang diambil oleh Buzz Aldrin. Daripada refleksi imej Aldrin pada visor(penutup muka) Armstrong, ia menunjukkan seluruh badan Aldrin disinari matahari. Ini bermakna matahari berada betul-betul di hadapan Aldrin iaitu di belakang Armstrong. Habis kenapa gambar Armstrong tidak menunjukkan matahari?

Persoalan 5 : Mana bintang?

Perasan atau tidak, tiada sebiji bintang pun kelihatan dalam gambar yang diambil. Sepatutnya semua gambar yang diambil di Bulan lebih terang dan jelas berbanding yang diambil dari Bumi kerana ketiadaan lapisan atmosfera di Bulan. Lagi satu ialah keadaan angkasa yang vakum, tiada molekul udara atau bendasing terapung yang boleh memesongkan sebarang pancaran cahaya yang mungkin menjejaskan kualiti gambar.

19 August 2011

Tempat Tidur Maut


Seorang ibu mendapati anaknya terbujur kaku di tempat tidur. Anaknya tersepit di celah kayu antara tilam dan menghembuskan nafas terakhir kerana lemas.



Melihat pada koyakan kain cadar ini, dapat dilihat betapa deritanya bayi ini ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir...Al-fatihah. Pastikan anak-anak kita sentiasa diperhatikan waaupun di tempat tidur..

17 August 2011

Jangan Parking Sembarangan...




Kan dah kena block huhu




Dah kene cat huhuhu




Yang ni pun sama..



Lagi....



Menyusahkan orang je...


Tinggal la kamu sorang2...