
31 July 2011
Ramadhan - Bulan Kurangkan Makan atau Pesta Makan?

Fesyen Tudung Baru Selepas Tudung Ekin
30 July 2011
29 July 2011
Cara Media Memanipulasikan Sesebuah Gambar
27 July 2011
John Titor Pengembara Dari Masa Depan
26 July 2011
Pontianak Menjelma Sertai Program Realiti TV?
Sekarang nieh terlalu banyak realiti TV yang dijalankan macam-macam lah, Maharaja Lawak la, Malaysian Idol la, Akademi Fantasia la, Mentor la dan banyak lagi la kalau nak tulis.
Ini saya nak kongsikan pada anda semua seekor hantu yang menjelma di dalam program reality TV. Dipercayai hantu ini tiada dalam senarai daftar nama peserta di dalam rancangan tu dan tiba-tiba muncul masuk ke dalam bilik audition program Indonesian Idol.

Saksikan video di bawah
25 July 2011
Buih Beku Bawah Tasik

Ianya sukar untuk mempercayai bahawa pemandangan wujud di Bumi kita. Gambar yang diambil oleh Emmanuel Coupe begitu menakjubkan, gambar ini menunjukkan gelembung gas beku di dalam sebuah tasik Kanada.
Emmanuel berkata:
Imej ini telah diambil dalam masa musim sejuk di kawasan gersang Canadian Rockies. Suhu di bawah -30 darjah Celsius kerana tidak ada salji jatuh di permukaan tasik telah membolehkan sayauntuk melihat dan menangkap gambar buih (melepaskan gas dari dasar tasik) yang terperangkapdi dalam air yang beku.
-National Geographic
Subhanallah..
24 July 2011
Google Perkataan 'Beruk', Apa Yang Akan Anda Jumpa?
Selepas negara kita digemparkan dengan penghinaan Google secara tidak sengaja terhadap PM dengan keyword carian NAJIB BUKA PUASA, adakah benda yang sama berlaku pada Khairy Jamaluddin?
Cuba korang buat carian di Google dengan perkataan BERUK, mesti korang akan tengok Wikipedia Khairy Jamaluddin akan berada di ranking pertama kan?
Dan jika korang buat carian perkataan BERUK di Page Wikipedia Khairy Jamaluddin (pakai CTR + F), korang akan perasan langsung tiada perkataan BERUK di dalamnya. Kes macam ni sama seperti kes perkataan CLICK HERE yang mana site adobe berada di atas walaupun on page nya tiada langsung perkataan CLICK HERE.
Kedudukan ranking ini terjadi kerana ketika pilihan raya 2008 dahulu, korang ingat tak lagi ucapan KJ yang ada perkataan BERUK yang mengundang kemarahan bloggers pembangkang? Ini ucapan nya :
“Saya cabar pembangkang, jangan jadiberuk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum.”
Daripada ucapan KJ ini, ramai blogger pro pembangkang telah menulis banyak entries yang ada perkataan beruk pada masa sama dalam entry tersebut ada backlink ke Wikipedia Khairy Jamaluddin. Selain itu, untuk entry tersebut, ramai juga akan menggunakan BERUK di rungan tag untuk setiap entry untuk mengulas ucapan Khairy Jamaluddin ini. Maka spider Google akan membaca setiap entry yang tinggi density perkataan BERUK dan perasan entry tersebut mempunya outbound link ke wikipedia Khairy Jamaluddin. Dari situ lah Google telah membaca Wikipedia Khairy Jamaluddin ini amat berkaitan dengan perkataan BERUK.
Sumber: drmaliq.com
23 July 2011
Hantu Makan Orang Lebuhraya Karak

22 July 2011
Rosmah Pakai Gelang RM1.65 Juta
Jika sebelum ini kecoh dengan cincin 24 juta, wanita pertama ini kini terpalit lagi dengan dakwaan terbaru. Memiliki gelang yang berharga RM 1.65 juta. Adakah ini merupakan satu contoh yang baik kepada rakyat untuk berjimat cermat seperti yang dilaungkan sebelum ini?
Kayanya datin. Main kutu dari kecik ke datin?Ke memang suka menyimpan dari kecik?
21 July 2011
Misteri Raksasa Laut

Kita ketahui, 2/3 dunia ditutupi air. Ini adalah kawasan yang cukup luas untuk didiami dan juga tidak boleh dicapai manusia. Jika, lautan ini seperti akuarium, mungkin kita akan boleh melihatgua-gua laut yang diterokai seperti apa yang kita baca di dalam buku-buku geografi. Untuk itu, kita hanya boleh membuat anggaran mengenai kehidupan laut berdasarkan sedikit bukti yang diperlihatkan oleh laut dari masa ke semasa kepada kita. Boleh jadi, raksasa laut ini memang wujud. Mari kita lihat penemuan-penemuan yang ada sehingga kini.
Makhluk yang berusia 150 juta tahun (plesiosaurus) ditemui pertama kali pada tahun 2006 diSpitsbergen, sebahagian daripada kepulauan Svalbard Norway, di gurun kutub yang bersepahdengan fosil reptilia laut. Kemudian, pada 2008, fosil yang lengkap ditemui dan terpelihara baik di lombong Kanada.

April 25, 1977, Maru Zuiyo kapal nelayan Jepun, kapal pukat tunda untuk ikan kembung di luar pantai New Zealand, tersangkut bangkai reput pada kedalaman 900 kaki. Ianya adalah seekor haiwan laut misteri berukuran 14m panjang dan nampak seperti raksaksa laut zaman purba. Prof Tokio Shikama, seorang pengkaji haiwan purba Universiti Yokohama mengistiharkan bahawa bangkai itu bukan dari sebarang spesis ikan atau mamalia yang diketahui tetapi ada persamaan antara bangkai itu dengan haiwan laut purba pleisiosaurus yang sepatutnya telah pupus lebihkurang 100 juta tahun yang lalu.

Satu raksasa laut hodoh lagiganjil telah dinaikkan ke darat di Guinea. Ia adalahsebahagian raksasa yang reput mempunyai 4 tapak kaki, satu ekor dan buluyang panjang. Saintis yang memeriksa makhluk ituberkata bahawa mereka telah melihat haiwan itusebelum ini, tetapi merekatidak mempunyai petunjukkepada definisi mereka. Terdapat 2 lagi gambar dibawah pada posisi lain.

Hwang, 66-tahun-tua nelayan yang tinggal di kawasan berhampiran, berkata dia tidak pernahmelihat keadaan seperti ini dalam seumur hidupnya. Ikan itu terikat dengan tali apabila ia muladitemui. Gambar di bawah merupakan bangkai raksasa laut berukuran 55 kaki dan anggaran berat10,000 pounds telah dijumpai dihanyutkan sehingga di pantai di China. Makhluk yang sudah berkeadaan reput teruk itu tidak boleh dikenal pasti menurut laporan pada 25 April 2011 yang lalu.

20 July 2011
Misteri Imej Bigfoot Berjalan
OSAWATOMIE, Amerika Syarikat (AS) - Satu rakaman video disiarkan di laman YouTube menunjukkan seekor makhluk berbulu berjalan seperti manusia pada waktu siang, lapor lamanGhost Theory semalam.
Imej itu menunjukkan makhluk itu berjalan di belakang beberapa buah pokok dekat tapak perkhemahan di Osawatomie, Kansas, AS.
Makhluk itu menundukkan kepala semasa ia berjalan di belakang barisan pokok itu.

SEEKOR makhluk berbulu berjalan
dekat sebatang pokok dekat tapak
perkhemahan di Osawatomie, Kansas, Amerika Syarikat
baru-baru ini.
T
angan saksi yang merakamkan imej itu kemungkinan menggeletar kerana rakaman video tersebut kerap kali bergoyang-goyang.
Rakaman itu dibuat oleh salah seorang anggota satu keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anaknya.
Dalam rakaman berkenaan, suara si ibu berasa terkejut melihat makhluk tersebut manakala si anak bertanya apakah yang sedang dilihatnya itu.
Jika dilihat sekali imbas, ia seperti seorang manusia memakai kostum gorila atau Bigfoot.
Namun, kelibat Bigfoot juga pernah dilihat di negeri Kansas sebelum ini.
Imej makhluk berbulu itu disiarkan di laman Youtube sejak 11 Julai lalu. – Agensi
Sumber: Kosmo Online
19 July 2011
Kucing Merajuk Taknak Makan

18 July 2011
Bangkai Makhluk Misteri

NEW YORK - Dua bangkai makhluk ganjil dijumpai di pantai Shadmoor State Park, Montauk di Long Island dan Pelabuhan Three Mile, New York pada Ahad lalu, lapor akhbar The East Hampton Star semalam.
Seorang lelaki, Arthur Beckenstein menemui bangkai seperti seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut di tepi pantai Shadmoor State Park.
"Saya yakin terdapat penerangan logik tentang apakah binatang yang saya temui ini.
"Pada awalnya, saya ingat ia bangkai seekor anjing yang besar, rusa atau anjing laut. Ukuran tulang rusuknya ialah sepanjang 61 hingga 76.2 sentimeter. Bentuk tulang belakangnya kelihatan seperti buaya sedangkan tiada reptilia besar hidup di kawasan ini," katanya.
Menurut akhbar itu, penemuan itu menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan makhluk asing atau hasil eksperimen pentadbiran Amerika Syarikat (AS).
Pada jarak sejauh 32 kilometer dari pantai itu, Eileen Murphy dan Jane Bimson terjumpa satu bangkai haiwan tanpa kepala yang mempunyai tulang rusuk serta ekor seperti ikan duyung.
Mereka kemudian merakamkan dua keping gambar dan menghantarnya ke Yayasan Penyelidikan dan Pemuliharaan Marin Riverhead.
Pakar biologi dari yayasan itu, Kim Durham menyatakan dia tidak dapat mengenal pasti makhluk tersebut dan memerlukan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
Namun, apabila mereka kembali ke lokasi sama pada keesokan harinya, bangkai itu telah hilang.
Kedua-dua bangkai itu ditemui tanpa kepala. (Sumber Kosmo)
17 July 2011
Wajah Perempuan Berumur 700 Tahun?
Ingin tahu bagaimana wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun? Coba tengok gambar ini. Penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang membina jalan di China bagian Timur baru-baru ini.

Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.
Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari ujung rambut hingga ujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan baik.




Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'.
Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang dikatakan datang dari Yunnan, China. Wallahua’lam.
16 July 2011
Tikus Makan Bayi

Banyak di antara jenis haiwan yang ditemui di Afrika memiliki ukuran yang lebih besar berbanding haiwan yang sama di benua lain.
Tidak terkecuali tikus yang ditemui di perkampungan Cape Town Afrika Selatan yang mempunyai ukuran sebesar kucing dewasa, panjang ekornya hampir 90 cm dan yang mengerikan panjang giginya lebih dari satu inci. Tikus ini telah memakan kepala dua orang bayi di perkampungan tersebut.

Lunathi Dwadwa, bayi berusia 3 tahun yang sedang tidur di pondok orang tuanya di perkampungan di luar Cape Town dimakan kepalanya oleh si tikus raksasa, bermula dari kepalanya dan akhirnya bayi itu pun terkorban. Pada hari yang lain seorang lagi bayi meninggal dunia kerana diserang seekor tikus raksasa di bandar Soweto berhampiran Johannesburg.
Ibu kepada bayi bernama Lunathi sangat terkejut apabila mendapati mata anaknya telah terkeluar serta dimakan bahagian alis dan pipinya oleh tikus tersebut.
"Saya tidak akan dapat melupakan bagaimana ketika melihat nasib anak saya yang matanya sudah dimakan. Tikus itu makan dari alis ke pipi, dan mata anakku sudah dilarikan oleh tikus," kata Bukiswa Dwadwa (27) ibu kepada bayi malang itu, seperti yang dilaporkan oleh The Sun pada Jumaat (3/6/2011).
Polisi tempat turut menyatakan, tidak ada (haiwan) lain yang melakukan perbuatan seperti itu kecuali tikus raksasa. Tidak lama kemudian polis turut menemui korban yang sama oleh tikus tersebut. "Kami dipanggil penduduk yang melaporkan kematian bayi dimakan tikus," kata anggota polis Bongani Mhlong. Sedangkan sebelum itu pihak polis sempat menuduh ibu kepada bayi malang tersebut telah melakukan pembunuhan sadis dengan bukti bukti yang ditemui.
Bagaimanapun tuduhan itu disangkal apabila semakin banyak laporan dibuat melibatkan mangsa yang mengalami nasib yang sama gara-gara keganasan tikus raksasa tersebut
15 July 2011
Berbelas Ekor Ikan Keluar dari Leher Mangsa Lemas

Aneh.... Dari dalam tubuh mayat ini keluar ikan-ikan yang masih hidup. Terlihat ikan-ikan tersebut keluar dari leher mayat.
Lihat video di bawah ini:
14 July 2011
Lelaki Mati Kali Kedua

Di Bukit Mertajam, selepas 13 hari tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi (ICU), seorang lelaki yang menggemparkan Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila tiba-tiba hidup kembali selepas diisytiharkan meninggal dunia pada 14 April lalu, menghembuskan nafas terakhirnya semalam.
Ng Swee Hock, 65, meninggal dunia di hadapan isterinya, Lim Siew Hua, 56, serta anak lelakinya, Ng Kean Hooi, 27, dan Ng Kean Liong, 25, di rumah mereka di Kampung Tok Elong, Tanah Liat di sini, kira-kira jam 10.50 pagi semalam.
Mendiang dibawa pulang ke rumahnya semalam, menggunakan ambulans kira-kira jam 10.40 pagi dan selepas perbincangan, keluarganya meminta jururawat mencabut alat bantuan pernafasan walaupun mengetahui peluang untuk Swee Hock hidup tipis tanpa alat itu.
Upacara sembahyang yang dipercayai untuk memudahkan roh mendiang ‘pergi’ secara aman dilakukan keluarga sebelum jururawat menanggalkan alat pernafasan dan dia menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.50 pagi.
Siew Hua berkata, mendiang suaminya tidak sedarkan diri sepanjang menerima rawatan di HSJ dan doktor juga menyatakan peluang suaminya untuk hidup, tipis.
Katanya, hospital membenarkan mendiang keluar hospital kelmarin tetapi disebabkan nasihat ketua agama, mereka membawanya pulang semalam.
“Saya dan ahli keluarga tidak sanggup melihatnya terus menderita, hari ini (semalam) selepas tiba di rumah kami meminta jururawat menanggalkan bantuan oksigen,” katanya.
Dalam kejadian 14 April lalu, Swee Hock dibawa ke HSJ selepas dia tiba-tiba berhenti bernafas di rumahnya dan pasukan perubatan melakukan ‘ardio pulmonary resuscitation’ selama 45 minit tetapi tidak pulih sebelum dia disahkan meninggal dunia.
Namun, selepas beberapa jam, Swee Hock menunjukkan tanda bernafas dan dimasukkan ke ICU.
13 July 2011
Aneh, Nenek Bertanduk di China
Di China, Zhang Ruifang, nenek berusia 101 tahun yang berasal dari Desa Linlou, Provinsi Henan, China menjadi pusat perhatian gara-gara tanduk yang tumbuh di dahi kirinya.
Tanduk hitam sepanjang 2,4 inchi atau 6 centimeter tumbuh hanya dalam waktu setahun di dahi kiri Zhang Ruifang. Sementara, di dahi kanan ada tanda-tanda muncul tanduk serupa.











.jpg)
