30 April 2011

29 April 2011

Sumpah Laknat Trio Dato T

PolitikHarian NEWS – Trio Dato T yang menggemparkan dunia politik Malaysia dengan pendedahan video seks yang dikatakan melibatkan aksi ketua pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul pada jam 4.15 petang tadi.

Walaupun pada awalnya tindakan Trio Dato T ini dihalang keras oleh sekumpulan pemuda yang terdiri daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Trio Dato T bertegas tetap ingin melakukan sumpah laknat di masjid tersebut atas nama kebenaran. Upacara sumpah laknat dimulakan Eskay dengan lafaz dua kalimah syahadah dengan memegang senaskah Al-Quran.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

“Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku”

Eskay yang ditemani oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik serta bekas Bendahari Perkasa Dato Shuib Lazim memasuki masjid dengan lengkap berpakaian jaket kalis peluru serta diiringi beberapa individu yang dipercayai pengawal peribadi mereka.

28 April 2011

Cacing Gergasi

Boleh la klu mengail buat umpan ikan jerung

27 April 2011

Tikus Raksasa


Tikus ini ditangkap di China, Dulu kucing kejar
tikus, Sekarang tikus pun boleh kejar kucing...

26 April 2011

Imej Wanita Pada Pokok Di Keriang Kedah


Gempar di Kedah khususnya bagi penduduk di kampung gunung dipinggir taman rekreasi Gunung Keriang Kedah. Ini disebabkan terdapat jelmaan wajah mirip seorang wanita yang muncul pada sebatang pokok akasia di taman itu.



Menurut seorang penduduk disitu 3 malam berturut turut penduduk sekitar mendakwa mendengar tangisan seorang perempuan dari pokok akasia ini. Tidak lama selepas itu satu lagi peristiwa misteri berlaku.pada batang pokok ini. Seorang kanak kanak melihat bentuk manusia dari paras kepala hingga kepinggang dengan mirip wajah seorang wanita berambut panjang mengurai. Ia didakwa mula kelihatan pada Khamis lepas.





Penemuan misteri ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat wajah manusia tersebut. Namun ada pula didakwa melakukan pemujaan di perdu pokok untuk niat tertentu.


Wajah yang mirip seorang wanita dalam kesedihan.


P/S : Jangan tengok lelame, kang ada yang termasuk dalam mimpi plak..hihihi